22 June 2011

Sebelum dan kemudian...

Sebelum itu aku kecil, kemudian aku mengenali langkah dan haluan.. sebelum itu aku menangis, kemudian aku mendapat belaian dan dimanjakan.. sebelum itu membuka mata seperti mencari, kemudian aku menjumpai tempat asalnya.. dan sebelum itu aku banyak bertanya, kemudian aku mendapat jawapannya...

Setelah 25 tahun berkecimpung dalam kehidupan sebagai manusia biasa, pengalaman banyak mengajar aku menjadi baik, buruk, kuat, lemah.. juga menjadi jahat, menjadi lebih dalam sesuatu dan juga menjadi kurang dalam sesuatu. Semua adalah sifat semulajadi manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Walaupun kadang2 kita sendiri terfikir dan berangan kita adalah istimewa, mempunyai kelebihan yang tak ada pada orang lain, dan terasa seperti diri mempunyai kuasa luar biasa yang belum diterokai.. benar, kerana aku juga mempunyai rasa yang sama, tetapi aku cuba lebih bersyukur dengan kekurangan yang ada pada diri.. dan kelebihan itu jika ada aku cuba untuk tunduk memperbetulkan diri...

Perkara yang menggembirakan memberi aku semangat untuk terus menangis dan tersenyum... disebalik kesusahan, ada kelapangan.. disebalik keraguan, ada petunjuk haluan.. disebalik kewajipan, ada keberkatan... Niat yang baik adalah tunjang kepada perlakuan diri.. Marilah perbetulkan niat kita dalam apa jua keputusan yang kita lakukan. Jika ini adalah jalanku, permudahkanlah...



Thanks to my lovely fiancee for a cute Canon EOS 7D with kit lens cake.. 
Happy birthday to ME =p




note : jaga rekod.. 

6 orang tersenyum:

::fadxieza:: 22/6/11 2:12 PM  

hepi belated bezday vel..
:)

zulhilmidin 22/6/11 4:12 PM  

haha.same body la vel!!

Vel Oliver 22/6/11 11:29 PM  

fad: tq :D
zul: yeah 7D rules! :p

Yukiezara 23/6/11 11:51 AM  

selamat hari lahir.. tak smpai aty nak makan kek. haha.

Afrida Shobri 26/6/11 1:46 AM  

sikitnya gambaq.kakcik nak letak byk sikit nanti;-p

Gadis Pantai Timur 9/7/11 7:59 PM  

menderma untuk umat islam di Kemboja di sini..
http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/07/sumbangan-bantuan-kemanusiaan-kemboja.html
*x dapat sampaikan dalam bentuk kebendaan..sampaikanlah melalui tenaga dengan menyampaikan hal ini kepada rakan2 lain yang lebih berkemampuan..

Popular Posts

Pageviews

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP