22 February 2011

Pengorbanan

Assalamualaikum..

Aku baru selesaikan editing untuk beberapa buah album (5 buah album). ala sikit je (pengsan jap td) nk setel. Skrg lepak jap sambil minum vitagen.. kalaula ada robot yang mempunyai perasaan dan kebolehan yang sama seperti editing yang aku nak kan senang. Tulang belakang, tengkuk dan pinggang dah bunyi tanda2 terlalu lama duduk atas kerusi dan depan lcd. Oh ya minggu lepas baru je menyambut ulang tahun Kekash hati. Sayu je bila teringat pengobanan Kekasih aku ni. Kalaulah dia masih ada lagi dikalangan kita, mesti hari ini adalah berbeza. Tapi ape yang ditinggalkan pada kita sebenarnya dah cukup cuma kita yang menentukan corak perjalanannya...




Adakah kita akan menjadi lebih baik dari hari ke hari? Cuba renungkan, kadang2 kita terbuat perkara yang menunjukkan keaiban diri sendiri. Mungkin kita bercerita tentang keburukan orang lain, tapi tanpa kita sedar dalam masa yang sama Tuhan telah memperlihatkan pada orang ramai keaiban kita yang kita rasa bangga bila mengucapkannya secara tulisan ataupun lisan. Kita cenderung untuk mempertikai, menegakkan pendirian masing2 dan memberikan pendapat tetapi kan lebih baik dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana...

Ada x antara kita dah lakukan satu pengorbanan ke arah kebaikan lately? bila pikir balik, mungkin aku pun belum ada.. Buka cerita baru2 ni, aku dengan selambe join Pameran Pengantin Malaysia di SACC Shah Alam. Hajat di hati memang dah lama nak masuk, nak cari pengalaman dan cuba mengembangkan sayap pipit ni ke arah mainstream.ewah.. Tiba2 ada member offer untuk share booth, so dengan getaran lutut aku kuarkan modal sendiri.. Kejang jugak urat telinga aku bila nak bayar sewa booth ni, boleh tahan cekik  pendarahan jugak.




Dipendekkan cerita drama ni, aku berjaya jugak mendirikan rumah tangga tanpa sedar...ehhhh tersasul you, bukan i mendirikan rumah tangga, mendirikan booth je kat pameran tu. Dengan bantuan dari 2 orang otai amik2 gambar iaitu saudagar minyak Fizzy Ilham dan si tanggang Badang, semua berjalan dengan baik dan memberangsangkan (ayat nak hebat). Tapi yang best hari jumaat 1st day open booth, aku boleh katakan yang booth aku la yg paling lambat buat persiapan. Orang lain dah start tarik client aku baru susun meja dan gantung gambar.haha punya la down time tu sebab dua org otai ni belum datang. Lastly, lepas godek2 booth dan buat interior design sket, semua akhirnya nampak cun dan aku totally hilang terus power pada malam pertama sebab dari siang smpai malam buat kerja sorang2.

Pada awalnye aku masih tak dapat nak lihat corak permainan dalam event2 cmni. Lepas hari kedua, rentak permainan dah berubah dan makin rancak dan alhamdulillah feedback dari client2 yang datang sangat mengharu birukan hati aku..wuwu apa yang aku nampak, selain harga yang menjadi subjek utama, orang ramai sekarang dah semakin terbuka dalam cara pemilihan gambar yang mereka inginkan. Mereka semakin paham bahawa gambar yang berkualiti dari segi seni dan olahan tidak dapat diukur dengan harga sebenarnya. Walaupun perlu mengeluarkan beribu2 ringgit, kalau gambar yang dihasilkan dapat memuaskan hati maka ia akan kekal smpai bila2 sedangkan duit sentiasa datang dan pergi.


Rasanya mimik muka diorg faham ke ape aku cakap? 


Fokus dalam bekerja

Ramai kawan2, kenalan dan pasangan2 yang aku jumpa masa pameran haritu. Macam2 jenis orang dan strategi yang aku tgk, lagi2 booth sebelah aku neh.heheh macam pasar pon ada.. Dalam jangka masa tiga hari tempoh pameran, aku rasa penat yang ditanggung sangat berbaloi. Tanpa pertolongan Shah Ros, Badang dan Fizzy Ilham xmungkin aku boleh buat event ni berjalan dan berakhir dengan baik. TQ guys! nnt kita pi makan ikan bakaq Kuala Perlis mau? heheheh

Insyaallah dalam jangka masa mungkin setahun ni aku akan realisasikan angan2 mat jenin kampung pisang aku ni untuk memulakan satu langkah lagi kehadapan. Banyak idea nak buat, tapi aku kena buat satu2, jangan gelojoh boleh??(berkata pada diri sendiri) Kalau ada rezeki, dengan usaha dan tawakal insyaallah boleh, korang pon doa2kan la ek ek.. comel la korang.aww.. ekekeke jgn risau aku bukan sedang menukar jantina.

Beberapa hari lepas, aku dah melepasi satu tahap kelepasan dalam melepaskan apa yang patut dilepaskan di hati maka terlepaslah kesemua dengan perasaan lega..hehe 1st time dalam hidup buat mende yang korang xpernah buat, lagi2 melibatkan orang lain, cuak dan pelbagai lagi reaksi yang aku xdpt nak huraikan kat sini terjadi pada aku. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar dan baik, Alhamdulillah... :'p

Haritu ramai la family aku kat umah ni, dan setiap kali family datang ada je barang yang betambah dalam umah aku. Terbaru adalah microwave. haha Thanks kacik n abg cik sebab bagi hadiah. Very very useful. ngeheheh, Disebabkan itu aku skrg dah rajin balik untuk memasak. bagi aku memasak ni terapi yang baik untuk menghilangkan bosan kebujangan yang aku alami sekarang.




Cili merah yang besar tu memang peberet aku. Aku suka gigit begitu sahaja sebab rasa macam kacang panjang je. Setakat sekarang bila aku masak mesti menjadi, tapi yang xmenjadi lagi banyak. haha xpela, kang amik pengalaman dulu, nnt dah kawin suh je bini masak.huahua Selepas ni, aku kena lebih berdisiplin dalam bekerja, berjalan, berlari, bermasak dan lain2 lagi sebab mungkin hari akan jadi lebih sibuk pada masa akan datang. Doakan yang terbaik. :)


FAKTA : Vitagen kaler hijau lebih masam dari kaler2 lain.

5 orang tersenyum:

~ abil CUMA ~ 25/2/11 7:26 AM  

waalaikumsalam...jwab ape yg patut..haha

Alexandriana Alia 2/3/11 11:27 PM  

selamat maju jaya dalam kerjaya, juga untuk hidup anda dan pasangan. =)

Vel Oliver 4/3/11 1:20 AM  

thanks ^^

Wahidah 25/4/11 9:44 PM  

keep on moving vel..as i know u have that talent so keep on moving kay..perlahan2 kayuh..kalo nak lelaju pun tk pe..tp kalo jatuh bgn blk okay...

Vel Oliver 4/5/11 4:18 PM  

tq k.wahidah.. good luck di pdg pasir. hehe

Popular Posts

Pageviews

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP