17 December 2010

Warkah untuk adik-adikku sekalian...

Assalamualaikum adik-adikku...

Pertama sekali untuk post kali ni, saya akan gunakan kata ganti nama diri 'saya' instead of 'aku'. Sebabnye saya tujukan khas penulisan kali ni kepada adik2 sekalian yang sangat2 ramai berkecimpung dalam dunia tanpa sempadan dan jaringan2 yang ada di hujung jari pada hari ini. Sesekali saya tak akan guna paggilan 'abg' sebab..... geli.


Adik2 di luar sana...

Oleh kerana internet disebut sebagai dunia tanpa sempadan, tempiasnya amat ketara kerana apa yang kita lakukan, kita pertuturkan, seolah2 sudah tidak ada batasan lagi atau dengan kata lain apa saja perkataan, luahan, pandangan dan penulisan kita mudah disebarkan dengan sekali 'click' sahaja. Dalam masa yang sama kita mula ketagih dan mula ingin memulakan kata2 yang kadang2 tidak perlu malah lebih banyak mendatangkan kemusykilan. Apa yang terjadi, apabila ada antara adik2 berkata2 tanpa sumber yang tepat dan kesahihannya diragui, perkara ini akan mendatangkan kesan yang berbeza. Apabila sesuatu statement dikeluarkan oleh adik2, cara pemahamam seseorang individu atau rakan2 adik yang membaca satement itu secara psychology adalah berlainan dari segi intonasi, kefahaman ayat dan yang paling bahaya adalah dari segi emosi adik2.. oleh sebab perkara ini la mengapa boleh wujudnya pepatah yang selalu kita dengar "don't judge a book by its cover". Boleh ke kita menilai peribadi seseorang dengan hanya membaca statement dari orang lain yang secara jelasnya tidak bersumberkan dari fakta yang sebenar? Malah statement itu sendiri adalah meragukan..


Adik2 di luar sana...

Dalam adik2 meningkat dewasa sekarang, sudah tentu keadaan sekeliling menjadi satu pengaruh yang amat besar bagi adik2... apa saja yang terlintas di depan mata, malah yang terlintas di dalam fikiran pun adik2 boleh mudah terikut dan terpengaruh. Ini normal, tetapi pengaruh dari sesuatu yang boleh membuat diri adik2 terjerumus kepada perkara tidak baik selalu terjadi dan dapat dilihat tanpa adik2 sedari. Malah yang lebih manakutkan apabila adik2 terpengaruh dengan sesautu berita dari org lain, lantas terus membuat satu kesimpulan yang boleh memburukkan orang lain tanpa adik2 mengkaji dari mana sumber, kepastian dan kesahihan apa yang adik percayakan tu. Kita memang suka mengambil jalan mudah, apabila kita terbaca sesuatu tentang orang lain, kita cenderung untuk memberi pandangan. Tidak salah menyatakan pendapat tapi jika kita luahkan dengan emosi negatif, maka perkara buruk la yang akan terkeluar dari mulut adik2. Seterusnya orang lain akan membaca apa yang adik2 luahkan lantas mereka juga akan membuat perkara yang sama berulang2 dan asalnya adalah datang dari statement adik2, perkara itu tersebar dan bertanggungjawablah adik2 selagi kata2 itu disebut2 smpai bila2.. mahukah adik betanggungjawab dgn berita yang tidak sahih disebarkan oleh org lain? Doa ampun dari tuhan elakkannya.. Bila tidak ada pendirian dalam diri adik2 untuk berkata dengan kata2 yang benar dan pasti, inilah yang sangat2 ditakuti dalam masyarakat kerana ia boleh membawa adik2 kepada satu dosa yang amat besar iaitu FITNAH.


Adik2 di luar sana...

Bersahabatlah dengan baik, berbicaralah dengan bijak dan berfikirlah dengan akal yang dianugerahkan tuhan. Perkara yang kecil jika boleh menyebabkan kita mencemuh orang lain bermakna hati kebenaran dalam diri adik2 masih belum bertapak pada tempatnya. Betulkan niat, terapkan pemikiran berlandaskan kebenaran tanpa menerima bulat2 kata2 yang entah dari mana datang asal usulnya.

Akhirul qalam, saya mendoakan adik2 semua menjadi seorang yang lebih peka dengan perkara yang ada di depan mata atau di mana sahaja sama ada ia datang dari pembacaan, penulisan atau pemikiran adik2.. Jika tidak tahu kebenaran, berhentilah dari mencipta keraguan, jika ada yang ingin disampaikan, teluskan hati dengan keikhlasan...

Salam sayang...

2 orang tersenyum:

Qaseh Rasheqa 17/12/10 4:05 PM  

setuju...sape mkn cili, die trase pedas nya.hehe

Anonymous 17/12/10 5:04 PM  

hhu . betol ckp vel uhh :)

Popular Posts

Pageviews

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP