24 February 2009

Lion Blast Furnace Football Team

Pemain2 handalan yang beraksi
Dari kiri: Boyot, Papan, Mayat, Lalok, Sangap, Budu, Melake, aku, Mr. Low, Mat pet
Tiada dlm gambar: Syapkruk, Lok An Kui, Sem
Camera girl: Nenek L

15hb Feb yang lalu, pemain2 yang menjadi tunggak keagungan depatment Blast Furnace dengan sengsaranya telah berjaya menyertai Pesta Bola Megasteel yang diadakan sehari suntuk di padang Kolej MARA Banting. Dengan berbekalkan tawakal yang tidak berbelah bagi kerana tiada latihan, terserlah kemantapan setiap ahli-ahli pasukan tersebut sepanjang perlawanan berlangsung dengan berjersi putih biru apabila telah kalah dengan cantik sekali iaitu 2-0 bertemu dgn pasukan Custer 1 yang berjersi kuning mempelam.

Menurut salah seorang pemain handalan pasukan tersebut iaitu Sangap(bukan nama sebenar), punca utama kekalahan yang memalukan berpunca daripada kejutan budaya dan seni kerana menurut sumber, semua pemain2 handalan tersebut telah lama tidak menjejakkan kaki di padang, selepas masing2 tamat persekolahan 7-8 tahun dulu.

Aksi senaman ringan sebelum dimalukan kaw2

Kusangka mendung sampai esok, rupanya spotlight menyala di tengah padang. Begitulah perumpamaannya apabila untuk perlawanan kedua, pasukan LBF ini telah berjaya menundukkan pasukan yang telah terlupa namanya unutk ku tulis di sini. Dengan bangga yang tidak terhingga, ketua pasukan LBf, iaitu Lalok(bukan nama sebenar) berkata, " dengan kemenangan 1-0 ini, saya sangat berpuas hati dengan prestasi pasukan dan saya ucapkan kepada isteri saya, abg xbalik makan tgh hari ni ye". Lantas dilempang sehingga pengsan oleh reporter tersebut. Namun, kemenangan kedua ini telah membangkitkan semangat pemain2 untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya

Aksi panas pemain2 terlampau di padang
cuba teka di mana bola?

Pisang tidak berbuah dua kali, tapi pasukan LBF telah menang sekali lagi untuk kali keduanya dengan mengalahkan pasukan Rock klasik sebanyak 1-0 juga. Walaupun tidak layak langsung untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir, namun cita2 tersebut telah dibawa ke tahun hadapan dan menjadi azam untuk menjulang piala pada tahun 2010 nanti.

Tahniah kepada semua pemain yang telah penat mencurahkan bakti. Semoga semua enjoy dan tidak berpurus asa hendaknya. Sekian dari saya, reporter terhebat anda.


p/s: Timacih kepda Miss L dan keluarga kerana buat sandwhich. :P

2 orang tersenyum:

"L" 27/2/09 2:22 PM  

'aku' tu rasenye sesuai ditukar kepada ABG JAMBU kot..haha..

aiyoo tetibe aku jadi nenek L tapi disebabkan sandwich maka telah berubah kepada miss L..pandai ambik ati ek..babab kang.

"L" 27/2/09 2:23 PM  

cop..lawa gak aku amik gambarkan..ade gak talent aku ni.tp cameraaaa??

Popular Posts

Pageviews

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP