16 November 2012

Seruan 1


Assalamualaikum w.b.t

Pada saat ini kita hanya banyak mendengar dari memikirkan. Kita hanya banyak bertanya lebih dari mengamalkan. Kita terlalu asyik bersimpati tapi kita mengabaikan tindakannya. Peribadi manusia dijadikan sangat istimewa dan mudah memahami setiap apa yang berlaku di hadapan matanya malah di belakang mata sekalipun manusia dapat mendalami keadaannya. Tapi mengapa bila akal dibenamkan di dalam fikiran, kita lebih suka memikirkan sesuatu yang jauh seolah-olah ia angan-angan yang susah dicapai. Sedangkan mereka yang lain telah lama berkorban hanya dengan berperisai jiwa senipis nyawa.

Kita masih mampu tersenyum melihat diri sendiri dengan bangga, bermain dengan rutin harian seperti hidup ini berusia ribuan tahun. Kita tertipu dengan angka yang menggambarkan kehidupan seolah sempurna dan kekal tapi sebenarnya ia membawa kepada jalan pengakhiran yang akan menentukan keabadian yang sebanar.

Hari ini kita masih bersama dengan insan-insan yang kita sayangi dan setiap perkara yang kita lakukan masih dapat membawa erti kepada mereka di sekeliling. Kita masih dapat mencurahkan segala perasaan dan sifat kemanusiaan yang membawa kepada pertalian yang suci. Itulah sifat manusia yang berakal sempurna, mahu memberi kasihnya dan juga mahu dikasihi. Kita masih mempunyai harapan untuk dikejar supaya kejayaan yang digengam menjadi perangsang kepada yang lain. Kita lebih menjadi kuat melalui perkongsian perjalanan hidup dan masih dapat bermain dengan perasaan suka dan duka. Kita masih mampu berkata-kata untuk memberi kekuatan pada yang lain dan memberi peringatan sebagai bekalan menempuh halangan.

Tapi ini kita... Bukan mereka.. Mereka tiada siapa di sekelilingnya lagi. Tiada apa yang dapat dikongsi lagi dan tiada apa yang mereka mahu ceritakan serta tunjukkan. Hanya yang terpalit adalah seruan yang melambangkan kekuatan dalam kesedihan. Seruan ini semakin hampir dan bukan menjauhi, semakin terzahir dan makin menemui jawapannya yang telah sekian lama diturunkan. Perjalanan yang penuh pengorbanan ini tidak seharusnya dijatuhkan martabatnya hanya dijalanan, tapi sebagai jambatan emas kepada suatu perjuangan bukan untuk kehidupan masa hadapan tapi perjuangan menentukan sesuatu kebenaran yang dipertikaikan. 

Dari pejam celikkan hati ini, dari lena bangunkan jasad ini... Dari alpa bangunkan peringatan ini, dari tanah bangunkan sayap ini. Jika mereka telah menghadapi kesukarannya pada hari ini, kita juga akan merasakannya. Masanya mungkin belum tiba tapi yang pasti waktunya makin hampir...


Dengan sekuat peganganku kepada kibaran panji......







17 August 2012

Alhamdulillah...

Tempoh hari, tanggal 29 June 2012, dalam sejarah ketamadunan hidup saya selama 26 tahun telah berubah dengan sekelip mata sahaja apabila saya telah selamat dinikahkan dengan seorang gadis yang berasal dari negeri Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang2 yang lain... iaitu Melaka. Pertemuan bagaikan ikan di laut, asam di darat dan belacan di dalam peti ais, saya amat bersyukur dengan jodoh yang telah ditentukan Tuhan dan menerima segalanya dengan gembira dan redha. 

Setelah membujang selama 26 tahun berada di rantau orang, ke sana ke sini berseorangan termasuklah ke uptown Shah alam pun berseorangan, kini Alhamdulillah saya telah mempunyai teman hidup yang amat menggembirakan hati walaupun kadang2 peneman hidup saya ni sedikit penakut dengan kegelapan serta lipas. Budget untuk mendirikan rumah tangga sebenarnya pada umur 25 tahun kerana ingin mengikut sunnah Nabi, tapi perancangan Tuhan itu sangat2 cantik dan tersusun rapi. Terlebih setahun untuk berkahwin dari perancangan memang banyak memberi hikmah dan lebih membantu dalam memberi persedian kepada diri, termasuklah kesempatan untuk menebalkan lagi janggut, seperti gambar di atas.

Terima kasih kepada isteri yang banyak menghiburkan hati ni walaupun usia perkahwinan baru sebulan lebih tetapi banyak perkara yang dah dilalui bersama, termasuklah sama2 menempuh jalan jamm semasa mencari baju raya. Best kan. 

Akhir kata, saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua ahli keluarga saya serta keluarga mertua yang banyak memberi pertolongan dan dorongan kepada saya dan isteri. Saya berdoa dan mengharapkan doa dari semua supaya kami kekal bahagian di bawah petunjuk Allah swt.


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya dan isteri tercinta,

Salam



p/s : menaip dan update blog depan ayah mertua 




21 July 2011

Yang mencipta

Mata kuyu.. mana xkuyu menaip pukul 5 pagi dari malam tak reti2 nak tido.. ape aku buat? nak tau x? hmm, mesti korang cakap "buat ape nak tau".. tapi lebih baik korang amik tau dari jadi kepala tau.haha dari malam sampai sekarang aku memerah idea, memungut sampah yg bercelaru di dalam otak dan membakar jadi abu supaya apabila ada angin yang berlalu, bersih la sikit kepala ni untuk menerima input yang lebih berguna.. Sambil buat kerja sambil dengar lagu blog sendiri.. berulang2 kali sampai ke berapa ratus kali pun aku xpasti lagu blog ni berputar dan aku terus menerus mendengar... walaupun bahasa arab tapi lepas tu ade gak bahasa inggeris so boleh la faham sikit2.. hehe


Episod hidup ni cepat betul berubah2.. kadang2 belum habis episod 3 dah masuk episod 5, cepat sangat sampai tak sempat aku nak berlakon dengan baik dalam setiap episod.. tapi aku hanyalah pelakon utama yang memainkan watak diri sendiri yang dipinjamkan.. jadi aku hanya menurut pada skrip kehidupan yang telah ditetapkan dari episod azali lagi.. walaupun memainkan watak diri sendiri tapi seringkali jugak terasa sukar untuk menghayati, kenapa? Mungkin kurang keyakinan, kurang pengalaman atau kurang pedoman.. sedangkan lamparan khazanah alam teratas telah lama tersurat, tapi tetap terlupa untuk mengambil sedikit ayat-ayatnya menjadi skrip2 tambahan dalam setiap lakonan dan pertuturan..

Yang mengetahui apa yang diciptanya, Yang mengenali apa yang dilihatnya.. Yang mengerti apa yang ditanya, Yang memberi setiap apa yang dijanjinya... Aku menanti dengan penuh kegembiraan, bukan menjahui dengan penuh kesusahan.. aku berjanji dengan penuh keinginan, aku bersungguh dengan penuh keinsafan... Bulan yang memberi seribu pengertian, keistimewaan, keajaiban, dan ketenangan... datanglah kepada aku sekiranya masa kisah ini masih belum berakhir...




p/s : Insyaallah

22 June 2011

Sebelum dan kemudian...

Sebelum itu aku kecil, kemudian aku mengenali langkah dan haluan.. sebelum itu aku menangis, kemudian aku mendapat belaian dan dimanjakan.. sebelum itu membuka mata seperti mencari, kemudian aku menjumpai tempat asalnya.. dan sebelum itu aku banyak bertanya, kemudian aku mendapat jawapannya...

Setelah 25 tahun berkecimpung dalam kehidupan sebagai manusia biasa, pengalaman banyak mengajar aku menjadi baik, buruk, kuat, lemah.. juga menjadi jahat, menjadi lebih dalam sesuatu dan juga menjadi kurang dalam sesuatu. Semua adalah sifat semulajadi manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Walaupun kadang2 kita sendiri terfikir dan berangan kita adalah istimewa, mempunyai kelebihan yang tak ada pada orang lain, dan terasa seperti diri mempunyai kuasa luar biasa yang belum diterokai.. benar, kerana aku juga mempunyai rasa yang sama, tetapi aku cuba lebih bersyukur dengan kekurangan yang ada pada diri.. dan kelebihan itu jika ada aku cuba untuk tunduk memperbetulkan diri...

Perkara yang menggembirakan memberi aku semangat untuk terus menangis dan tersenyum... disebalik kesusahan, ada kelapangan.. disebalik keraguan, ada petunjuk haluan.. disebalik kewajipan, ada keberkatan... Niat yang baik adalah tunjang kepada perlakuan diri.. Marilah perbetulkan niat kita dalam apa jua keputusan yang kita lakukan. Jika ini adalah jalanku, permudahkanlah...



Thanks to my lovely fiancee for a cute Canon EOS 7D with kit lens cake.. 
Happy birthday to ME =p




note : jaga rekod.. 

11 May 2011

Doa


YA ALLAH





p/s: doa

Popular Posts

Pageviews

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP